Friday, June 10, 2011

my heart skips a beat.

perasaan hati membuak2 kerana apa yang di alami. Pilu, hiba, simpati, gembira, semuanya dapat dirasai. mungkin itu apa yang saya patut turuti. mencari identiti dan keaslian kepada perasaan saya sendiri. bila sesuatu terjadi, dimanakah diletakkan paksi untuk saya terus menyandarkan emosi?

"teacher, sorry tak datang semalam."
"dia pergi mahkamah syariah, teacher."
"maksud awak?"
"saya tak nak bagitaulah teacher. macam jaga tepi kain orang pulak. suruh dia sendiri bgtaulah"

sambil menghulurkan kertas,
"tulis, saya nak tahu. tak perlu berbincang pasal tu kalau awak tak nak"

bila saya lihat apa yang tertulis, lidah saya kelu. terdiam sebentar.

mak dan ayah saya nak bercerai.

"awak ok?"
"saya ok. tapi, saya tak suka mak saya. dia jahat"

rentak degupan jantung saya tersasar seketika.


No comments: