tolong khabarkan pada saya sekiranya weekend anda lebih drama, gila dan manis daripada apa yang saya rasa.
terima kasih kepada semua kerana telah menyumbang kepada keseronokan dan kehuru-haraan dalam hidup saya. terima kasih kepada semua yang menghebatkan lagi upacara birthday nad di rumahnya terutama nad (birthday girl - 3 june aka makcik dah tua tak sedar diri new york), faeizan kassim (nad's bf aka prison break's michael scofield), abg lan (nad's bro aka zac efron), sidek alias (effortless beauty queen). anda semua jantung hati saya kerana telah memberikan sinar cahaya kegembiraan dan kegilaan untuk saya tidak terus sedih dan berserah dengan hidup. terima kasih juga kepada mr. R kerana meluangkan masa dan layan saya merepek. saya belajar banyak tentang kehidupan bila kita bertukar pendapat. terima kasih juga kepada insan2 yang lain kerana membawa drama2 baru kepada hidup saya dan mak nadia kerana mempercayai saya untuk membalut hadiah dan saya telah memecahkannya. terima kasih makcik kerana memberi kepercayaan itu walaupun benda tu dah berderai. terima kasih fared untuk baju kebaya. terima kasih Macdonald dan kedai2 makanan yang lain kerana menyediakan menu2 yang memberikan tahap2 di awang2an (bak kata kami, 'orgasmic'). terima kasih juga kepada pakcik yang menolong saya dengan kereta saya pada malam semalam.
berterima kasih kepada tuhan kerana memberikan saya peluang untuk merasai semua ini. semoga perjalanan hidup saya dimudahkan dan dirahmatiNya.
*happy birthday, Nad. sayang kau sangat. kaulah hidup aku, hati aku dan jiwa aku. semoga semua pekerjaan kau mendapat berkat dariNya.
1 comment:
terbaik punya summary. =) Islamic and orgasmic.
over kan.
thanx ngah. muah muah.
Post a Comment