Friday, April 29, 2011

bercakap pada bulan.

aku rasa indahnya
bila mendengar kau menyanyikan lagu itu
sangat indah.
aku faham apa yang kau rasa.
kau rasa seperti dia ada di sana
seperti engkau ada di sini untuknya
dia rindukan kau seperti kau rindukan dia.
aku faham apa yang kau rasa.
kerna aku juga seperti itu.
bila malam bertabir
aku ada di situ menantikannya
kerana indahnya tidak terkata
memberi harapan padaku
memberi ketenangan padaku
yang dia akan tiba datang kepadaku.
aku tunggu, tunggu, dan tunggu
seperti kau.
kerana aku tahu dia ada.
di luar sana.

No comments: